PERSATUAN BENDAHARI KORPORAT MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF CORPORATE TREASURERS)

FASAL 1 NAMA

  1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
    PERSATUAN BENDAHARI KORPORAT MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF CORPORATE TREASURERS)
    Selepas ini disebut “Pertubuhan”.

  2. Takrif Nama :

  3. Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

  1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

    BAHAGIAN KEWANGAN KORPORAT, TELEKOM MALAYSIA BERHAD,
    TINGKAT 11, MENARA TM, JALAN PANTAI BAHARU, 50672 KUALA LUMPUR
    50672 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    dan alamat untuk surat-menyurat adalah

    BAHAGIAN KEWANGAN KORPORAT, TELEKOM MALAYSIA BERHAD,
    TINGKAT 11, MENARA TM, JALAN PANTAI BAHARU, 50672 KUALA LUMPUR,
    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

  2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

  1. Sebagai satu Pertubuhan untuk mewakili bendahari-bendahari korporat dengan tujuan menghubung badan-badan pengatur dalam pengaturan industri tersebut.

  2. Sebagai satu forum bagi bendahari-bendahari korporat bertukar pendapat dan membantu menaikkan imej dan kedudukan Bendahari-bendahari korporat dalam masyarakat.

  3. Menggalakkan dan memajukan pengajian dan pengamalan pengurusan bendahari korporat dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

  4. Mengadakan peperiksaan, dan latihan dan mengeluarkan sijil pengakuan kepada mereka yang telah mencapai tahap yang dikehendaki, tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa.

  5. Untuk membekalkan penganjur dalam hal-hal yang berkenaan dengan pengajian dan latihan, memberi biasiswa, hadiah, anugerah dan derma kepada individu, universiti-universiti dan lain-lain yayasan pengajian.

  6. Membeli, menyewa, memperoleh dan menyelesaikan mana-mana harta persatuan.

  7. Membina dan menyelenggarakan mana-mana bangunan persatuan.

  8. Untuk melaburkan wang persatuan dalam pembelian saham atau harta.

  9. Untuk membekalkan khidmat dan nasihat untuk ahli persatuan serta orang awam.

  10. Untuk meminjam wang untuk kegunaan dan tujuan persatuan.

  11. Untuk mengusahakan tabung amanah untuk mencapai matlamat persatuan.

  12. Untuk mendirikan dan menyokong mana-mana persatuan yang mempunyai matlamat yang sama dengan persatuan ini.

FASAL 4 KEAHLIAN

  1. Keahlian terbuka kepada orang perseorangan dan korporat

    • Keahlian perseorangan (individu) terbuka kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti kebendaharaan dan/atau kewangan di syarikat atau pertubuhan mereka.

    • Keahlian korporat terbuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diwakilkan oleh tidak lebih dari dua(2) individu yang berkerja dengannya.

    • Keahlian tidak terbuka kepada syarikat yang didaftar dibawah akta “Financial Services Act 2013” dan individu yang berkerja dengan syarikat tersebut.

    • Keahlian bersekutu (“associate”) terbuka kepada syarikat yang menyokong  industri Perbendaharaan seperti pembekal sistem, perkhidmatan, penerbitan majalah dan syarikat audit. Ahli bersekutu tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan Ahli Jawatankuasa. Keahlian ini dihadkan kepada dua(2) wakil.

  2. Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha dan dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

  4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Kaunselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana ysng difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannyasecara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk member penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

  1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

    Bayaran masuk : RM 100
    Bayaran tahunan :
    -bagi perseorangan : RM 100
    -bagi korporat : RM 300 (untuk satu wakil)

    RM 500 (untuk dua wakil)
    -bagi bersekutu : RM 300 (untuk satu wakil)

    RM 500 (untuk dua wakil)

  2. Sebarang pertukaran kepada bayaran diatas hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran mesyuarat agong terlebih dahulu.

  3. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap tahun.

  4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

  5. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyatan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

  6. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

  7. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

  1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. Ahli yang tidak dapat hadir pada mesyuarat agung boleh melantik proksi menggantinya dan dibenarkan mengundi bagi pihaknya.

  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

    • menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;

    • menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;

    • memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan

    • menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan didalam mesyuarat itu.

  4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

  5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:-

    • bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

    • atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima(1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannnya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

  6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

  7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

  8. Fasal 7(a) dan 7(b) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

  9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

    • Seorang Presiden

    • Seorang Timbalan Presiden

    • Seorang Setiausaha

    • Seorang Penolong Setiausaha

    • Seorang Bendahari

    • 4 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

  2. Pemegang-pemegang jawatankuasa Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

  3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

  4. Tugas Jawatankuasa adalah untuk membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenan kegiatannya dalan tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

  5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. Ahli Jawatankuasa yang tidak dapat hadir mesyuarat dibenarkan mengikuti mesyuarat melalui persidangan telefon (conference call) dan dikira sebagai korum mesyuarat.

  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

    • Masalah yang dibankitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.

    • Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau banyahan mereka terhadap cadangan itu; dan

    • Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

  7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali  berturut-turut tanpa alas an yang memuaskan akan sisifatkan sebagai telah meletakkan jawatan didalam Jawatankuasa.

  8. Jika seorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, membenarkan Ahli Jawatankuasa melantik Ahli yang telah diberhentikan untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah Jawatankuasa melantik Ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahun diadakan.

  9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

  10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  1. Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawap atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Is mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

  2. Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.

  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawap mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Is hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.

  4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

  5. Bendahari adalah bertanggungjawap berkenaan semua ahli kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawap diatas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha.

  6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji serta upah memeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

  2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM250 (Dua Ratus Lima Puluh) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah diatas nama Pertubuhan.

  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangini bersama olehPresiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaanPresiden, Setiusaha atau Bendahari naka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000 (Satu Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000 (Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000 (Satu Ribu) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

  5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kirakira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah di audit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

  6. Tahun kewangan Pertubuahn ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 11 JURUAUDIT

  1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit.

  2. Mereka akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang dan boleh dilantik semula.

  3. Jawatankuasa dibenarkan melantik Juruaudit yang baru apabila Juruaudit yang telah dilantik semasa Mesyuarat Agung telah meninggal dunia, bersara atau diberhentikan keahliannya sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA

  1. Tiga Pengamanah berumur lebih dari 21 tahun boleh dilantik dalam Mesyuarat Agung dan bertugas seberapa lama sehingga diperlukan oleh Pertubuhan. Kesemua harta tetap Pertubuhan hendaklah dipegang oleh Pengamanah melalui Deed of Trust.

  2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.

  3. Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau perkerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

  1. Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

  2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG

  1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 15 LARANGAN

  1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh di mainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Chap Ji Kee, Sam Choeng, Dua Puluh Satu, Tga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

  2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;

  3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

  4. “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undangundang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

  1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

  2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, makaSegala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

  3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

  1. Bendera:

    KETERANGAN:

  2. Lambang:

    KETERANGAN:
  3. Bendera:

    KETERANGAN: